Langit Tidak Semestinya Senantiasa Cerah
Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata, "Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah." Memang tipulah kalau saya katakan yang saya tidak pernah berselisih faham dengan Mrs Teddy. Mesti akan adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul apabila kami bersama. Kadang-kala isu yang kecil pun boleh menjadikan kita "kurang mesra" bersama dengan pasangan kita. Tetapi apabila timbul isu seperti ini, kita perlulah sedar dan segera bertolak ansur antara satu sama lain. Ini kerana, apabila berlaku sesuatu percanggahan janganlah kita biarkan ia menjadi lebih besar. Takut nanti akan lebih memudaratkan keadaan. Tetapi, b